Assalamualaikum,
Pada 14hb March 2018 yang lalu telah berlangsungnya majlis sidang media pelancaran rancangan Masakan Baba’s Versus 1001 rasa musim kedua di Ballroom Hotel Emperial Subang. Program hari itu diacarakan oleh fiza Sabjahan dan turut dihadiri oleh Ketua pengiklanan dan Promosi Baba's, Mr Claudin Navin Stanislaus. Dua orang pengacara rancangan masakan ini iaitu Chef Adhu Amran dan Chef Kamarul menghangatkan lagi majlis pelancaran ini dengan celoteh yang menghiburkan.
Rancangan masakan yang paling ditonton di Malaysia dan mendapat rating tinggi itu akan memasuki musim kedua dan akan ditayangkan kepada penonton mulai 22 Mac 2018 setiap Khamis, jam 6 petang dan episod ulangan pada hari Isnin berikutnya pada jam 5.35 petang. Program 13 episod itu akan menampilkan 26 peserta dengan 14 Chef berpengalaman sebagai mentor.
Selain itu, VS 1001 Rasa Babas akan memperkenalkan edisi khas sempena hari perayaan pada episode kedua ini sempena sambutan Hari Gawai dan Keamatan (30 Mei), Hari Raya Aidilfitri (21 Jun) serta Hari Merdeka (31 Ogos). Episod ini bakal menampilkan selebriti tempatan dan sudah tentu lebih meriah dan memberikan kelainan dari episod pertama.
Majlis tersebut juga meraikan pemenang Baba’s Versus 1001 rasa musim pertama iaitu Mohd Khairul Fazly bin Ismail dari Langkawi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000 diikuti oleh tempat kedua yang dimenangi oleh Mohd Yusry Mohd Yusuf yang menerima wang tunai sebanyak RM 3000. Manakala Intan Amira Abdul Aziz dan Anis Dzahira Junaidi merangkul tempat ketiga dengan kedua-duanya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.
Dalam musim kedua rancangan Baba’s Versus 1001 rasa ini juga, fizalgk telah dijemput menjadi juri untuk 4 episod bersama 2 orang lagi juri dan bagi saya ini agak mencabar kerana peserta yang bertanding telah memberi komitmen yang tinggi dan dibimbing pula oleh mentor-mentor chef yang sangat hebat. Susah sebenarnya nak beri markah kerana persaingan memang sangat sengit dan semuanya terbaik.
Jangan lupa nantikan persaingan sengit setiap peserta ‘berperang’ didapur Baba’s Versus 1001 Rasa didalam merebut gelaran Chef Selebriti dan pastikan anda menonton setiap episod yang sangat mendebarkan. Untuk maklumat lanjut tentang rancangan ini, mencuba resipi-resipi enak dan menyertai peraduan tonton dan menang, bolehlah masuk dan follow Facebook BABA’S & U.