Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu untuk semua pembaca blog fizalgk dan rakan-rakan sekalian. Perkongsian resipi untuk hari ini...sesuai dengan cuaca panas sekarang ni iaitu Puding Laici Bandung. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak. Sedap dihidangkan sejuk selepas keluarkan dari petiais . Jom cuba buat resipi puding laici bandung dan ikut step by step yang disediakan dibawah ni :)
PUDING LAICI BANDUNG
Bahan A
20gm agar-agar bertali
3 cawan air
1 cawan gula
Cara membuatnya :
Masak agar-agar bersama air hingga larut, masukkan gula pasir. Masak lagi hingga mendidih dan gula larut.
Bahan B
1 tin laici - asingkan air laici dan isinya. Carikkan isi laici kecil-kecil
1 tin susu cair
3 sudu besar biji selasih – Rendam dalam air panas seketika
1 sudu besar sirap ros
Cara membuatnya :
1. Sukat air laici dan kalau tak cukup tambah air untuk jadikan 2 cawan. Tuang air laici tersebut kedalam periuk agar-agar tadi dan biarkan mendidih seketika, Perlahankan api dapur. Setelah itu asingkan 3 cawan agar-agar laici dan ketepikan seketika.
2. Sukatkan 2 cawan susu cair, kalau kurang tambah air. Tuang dalam lebihan agar-agar dalam periuk dan besarkan semula api dapur. Masukkan sirap ros dan biji selasih, kacau sekejap dan tutup api dapur.
3. Ambil 2 cawan agar-agar bandung dan tuang kedalam Loyang bersaiz 9 x 9 inci yang telah dibasahkan dengan air. Biarkan sederhana beku. Saya guna acuan silikon kecil untuk puding ini.
4. Panaskan sekejap agar-agar laici dengan api perlahan , tuang sedikit atas agar-agar bandung dan ratakan laici pada keseluruhan Loyang, biarkan beku sedikit.
5. Panaskan pula baki agar-agar bandung dengan api perlahan dan tuang hingga habis keatas agar-agar laici. Sejukkan seketika sebelum masukkan kedalam peti ais.